Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Desakan terbaru PAS untuk melaksanakan hudud mendorong rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, mengecam presiden parti Islam Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga MP Marang dituduh mengkhianati gabungan parti pembangkang lalu hubungan mereka bagai layang-layang putus teraju.

Penganalisis politik percaya tindakan itu sebagai langkah pertama bertujuan memberi isyarat kepada akar umbi PAS bahawa DAP masih komited dengan Pakatan tetapi gelagat Hadi menjadi batu penghalang.

"DAP tidak mahu mengetepikan kumpulan progresif dalam parti itu, tetapi pada masa yang sama, mereka mahu memberi mesej bahawa masalah (dalam Pakatan sekarang) adalah berkisar sekitar Hadi," kata Ibrahim Suffian yang mengetuai Merdeka Centre.

Masalah dan langkah itu, katanya, berlegar sekitar Hadi - yang memegang tampuk presiden PAS tanpa dicabar selama 13 tahun - kekal popular dalam PAS dan sebagai tokoh agama disegani.

Hadi juga dilihat sebagai arkitek PAS dalam memperbaharui usaha pelaksanaan hudud, satu polisi yang tidak beroperasi sepanjang tempoh awal Pakatan, antara 2008 dan 2013.

"Jadi reaksi akar umbi menjadi serabut sebab kepimpinan bakal berdepan dengan pemilihan parti. Serangan terbuka atau terus kepada Hadi boleh meningkatkan rasa simpati kepadanya," kata Ibrahim.

Menyokong perkara itu Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai Institut untuk Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) percaya bahawa keputusan DAP itu bertujuan menjauhkan Hadi daripada hal ehwal dalaman PAS.

Semalam DAP mengumumkan bahawa parti itu memutuskan hubungan Hadi kerana berdasarka tiga isu utama, iaitu:

(1) Menghantar notis bagi membentang rang undang-undang persendirian di Parlimen tanpa konsensus Pakatan.

(2) Membantah keputusan kolektif berhubung pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

(3) berjanji untuk tidak meminda enakmen hudud 1993 sehingga Majlis Pimpinan Pakatan bermesyuarat.

[Baca analisis penuh]

Lihat Komen
ADS