Slogan al-Islam huwa al-hall (Islam itu penyelesaian) kembali menjadi kecenderungan dan diskusi ulang di abad ini. Konteks moden hari ini membentuk kajian tentang kaitan antara dinamika dan perubahan.
Persoalan bagaimana Quran harus diterjemahkan pembacaan dalam konteks moden kini menjadi perbincangan serius antara cendekiawan Muslim.
Dalam tradisi pentafsiran, polemik keterikatan teks dan budaya dalam pembacaan tafsir Quran menjadi diskusi berlanjutan antara tafsir Quran klasik dan moden. Diskusi ini menjadi hal terpenting dan utama bagi pemahaman memahami bacaan konteks budaya moden kini.
Soal keaslian Quran menjadi kerisauan oleh fundementalis agama dan cabaran budaya kemodenan kini tidak memberi penyelesaian jalan keluar kepada slogan al-Islam huwa al-hall .
Usaha para Islamis kini dilihat tidak hanya gagal memberi respon kepada cabaran krisis kemodenan tetapi kegagalan memahami pentafsiran teks Quran.
Bermula abad 19, teks utama Islam melalui proses hellenization yang mengambil kira tradisi perkembangan falsafah atau rasio sebagai keutamaan. Perkembangan tradisi ini tidak menunjukkan identiti kebudayaan ataupun politik dalam islam hari ini, sebaliknya menjadi respon kepada suara barat bahawa Islam sebagai identiti yang terbelakang dan bukanlah dari tradisi pencerahan.
Mengambil pendekatan falsafah Arab, Mohammed al-Jabri beranggapan bahawa Islam adalah agama tradisi yang menekankan faktor rasionalisme. Menurutnya lagi dalam falsafah Arab- Islam bahawa projek pencerahan adalah sebagai sumbangan yang utama dalam proses peradaban yang meliputi ragam budaya dan universal.
Pertentangan jalur pemikiran
Tentangan budaya yang sedang terjadi abad ini berbeza apa yang telah dihadapi tujuh abad yang lalu atau ketika az-Zarkasyi menulis Al-Burhan fi’ulum Al-Quran atau ketika as-Suyuthi menulis Al-Itqan fi’Ulum Al-Quran .
Pertembungan jalur pemikiran dan peradaban ketika itu menunjukkan ilmu-ilmu Quran dicermati sebagai upaya menghimpunkan ragam tradisi ke dalam wilayah teks keagamaan.
Proses-proses responsif budaya ketika itu terhadap situasi telah memudahkan proses kefahaman dalam pengumpulan wacana Quran. Berbeza tantangan yang dihadapi Muslim moden ketika ini, cabaran untuk membebaskan pentafsiran Quran dari cengkaman ortodoksi.
Wacana ilmu-ilmu Quran terbatas dalam proses ulang kerana banyak antara sarjana klasik beranggapan bahawasanya Ilmu-ilmu Al-Quran ini termasuk dalam wilayah ilmu yang sudah selesai ( nadhajat wa-h taraqat ) sehingga tidak perlu lagi usaha pembaharuan.
Proses sebegini seperti menurut Nasr Hamid Abu Zaid dalam kitabnya M afhum N as bahawa menyatakan pembacaan sebegini akan memisahkan teks dari konteks situasi objektif sejarahnya.
Konsep inilah yang menceraikan teks dari sifat aslinya sebagai teks bahasa dan mengubahnya menjadi sesuatu yang memiliki kesakralan yang mendukung budaya yang konservatif dan tidak bebas menolak rejim kezaliman.
Menurutnya lagi, peradaban dan kebudayaan dibangunkan oleh dialektika manusia dengan realiti di satu pihak, dan dialognya dengan teks di pihak lain.
Peradaban dibentuk oleh interaksi dan dialektika manusia dengan realiti dengan segala struktur yang membentuk ekonomi, sosial, politik dan budaya. Maka peradaban dipusatkan di sekitar teks dan penta’wilan sebagai sisi lain dari teks yang juga mekanisme kebudayaan dalam memproduksi pengetahuan.
Mekanisme tak wil proses i jtihad b aru
Memahami kesulitan dan sejarah tradisi Quran, ulama klasik pada awalnya berkomentar pada kajian-kajian teks Quran pada kaedah tafsir dengan menjadikan proses takwil sebahagian daripada tafsir.
Ini dapat dilihat sekurang-kurangnya oleh mufassir awal seperti al-Thabari dalam Jami’ al-bayan an Ta’wil Ay al-Quran , maka dengan jelas refleksi itu diterjemahkan antara kata tafsir dan takwil.
Kerumitan permasalahan wacana ketika ini, kata takwil itu harus dibezakan dengan tafsir. Konflik wacana agama kontemporari dengan jelas tidak harus membelakangkan konsep takwil, malangnya terjadi kebelakangan ini, teks Quran seolah mengkedepankan mekanisme tafsir tanpa proses takwil dalam upaya menghasilkan usaha ijtihad baru. Proses takwil didasarkan pada gerak intelektual kecerdasan akal dalam menghadapi teks.
Gerak teks dalam ruang dan waktu ertinya usaha kedalaman para m u’awwil itu bergerak secara dinamik dalam realiti yang berlaku. Penemuan makna-makna baru dalam teks itu merupakan satu usaha ijtihad baru dan menggugurkan makna yang ditemukan sebelum ini dari teks.
Ada sisi perbezaan yang ketara bagaimana kedua konsep antara kata tafsir dan takwil ini diterjemahkan dalam konflik budaya realiti kini lebih lagi dalam dunia moden. Seperti yang diungkapkan oleh Az-Zarkasyi bahawa tafsir sebuah ilmu hal-hal turunnya ayat, penceritaan makiyyah dan madaniyyah, muhkam dan mutasyabihah, nasikh mansukh selain ilmu membicarakan hal halal dan haram, ancaman, perintah larangan.
Sebaliknya takwil berasal dari ungkapan Ma ta’wilu hadza al-kalam . Ia dari kata al-ma’al iaitu akibat dan kondisi akhir.
Maka dengan kata takwil adalah sebuah proses gerak daya akal yang berhubung dengan secara langsung antara subjek dengan objek.
Perlu dijelaskan bahawa kata tafsir muncul hanya sekali dalam Quran manakala kata takwil sebanyak 17 kali, maka penggunaan kaedah kata takwil lebih kerap digunakan dalam teks berbanding tafsir.
Reformasi Islam, p embaharuan pentafsiran
Dengan demikian, pentafsiran ulang teks Quran terus menerus akan berlaku dan melalui proses dinamika teks adalah produk menerus atas tafsir lama. Ini adalah karakter yang tidak pernah hilang dari tradisi Islam.
Para Islamis gagal memberi kesedaran ilmiah pentafsiran baru dalam teks adalah menjadi tentangan besar dalam perkembangan tajdid dan islah. Keupayaan menghasilkan kesedaran ilmiah terhadap tradisi semestinya harus berdasarkan konsep relatif atas kebenaran iaitu bermaksud bahawa ada pemisahan antara relatif budaya dan relatif subtansi.
Maka dari ini, proses kesedaran ilmiah dan kritis atas tradisi adalah mencari kebenaran yang terdapat dalam ruang kebudayaan bukannya dalam ruang kebenaran mutlak. Kegagalan para Islamis dan sarjana ortodoks adalah dalam membezakan ruang kebudayaan dan ruang kebenaran mutlak.
Para reformis tafsir seperti Abdul Kalam Azad dalam Tarjuman Al-Quran tidak terlepas memberi kritikan tajam terhadap pengulangan bidang tafsir yang ditulis oleh mufasir klasik bahawa sejarah tafsir Quran sejak abad pertama Islam sehingga penghujung abad terakhir, permaknaan Quran terus mengalami kemunduran.
Begitu juga kritikan dari oleh Mughniyah dalam al-Tafsir al-Kasyif bahawa jika seorang mufassir klasik berhenti ke suatu titik dan diteruskan oleh mufassir berikutnya dengan mengulang jejaknya tanpa melangkau selangkah pun, ia benar-benar seperti seorang buta yang bersandar pada tongkat, jika tongkat itu hilang, maka ia tidak dapat beranjak dari tempatnya.
Proses pentafsiran baru dalam teks Quran atas wacana agama kontemporari adalah aliran reformasi dalam pemikiran Islam masa kini. Kita tidak mungkin mengikuti pentafsiran wacana Islam klasik dalam aliran ortodoks kerana mereka hidup dan berijtihad pada zamannya.
Keupayaan pembaharuan ini seperti yang di tulis Hasan Hanafi dalam At-Turats wa at Tajdid bahawa pembaharuan merupakan pentafsiran kembali terhadap tradisi sesuai dengan keperluan zaman, yang lama mendahului yang baru dan karaktelistik eksistensi menjadi landasan bagi kekinian.
Teks Quran merupakan teks Islam, maka metodologi pemikiran kesedaran ilmiah sebegini mesti dikembangkan untuk tujuan islah sebagai produk pengetahuan dalam ranah kebudayaan, politik dan masyarakat madani.
Kegagalan wacana masa kini dalam perkembangan dunia moden membawa terror intelektual kepada pengkajian pembaharuan peradaban Islam.
Ini adalah pesan terbesar Quran iaitu memastikan keadilan sosial dan usaha islah harus dikembangkan bermula melalui kesedaran ilmiah yang kritis terhadap teks Quran.
MOHD SYAZREEN ABDULLAH felo di Lingkaran Islam Tradisional (LIT).