Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tinjauan Malaysiakini mendapati para pencarum tidak bersetuju dengan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menaikkan had umur pengeluaran wang kepada 60 tahun.

Beberapa orang pencarum yang ditemui di pejabat KWSP di Petaling Jaya berkata, had umum pengeluarkan tidak patut dilaksanakan kerana mereka kini perlu menanggung banyak perbelanjaan

Seorang daripadanya, yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Liu berkata, kenaikan had umur pengeluaran itu akan membebankan ramai pencarum, terutama individu yang lewat berkahwin.

"Mereka yang berkahwin lewat ini, anak-anak masih di kolej dan universiti, jadi apabila berusia 50 atau 55 tahun, ada keperluan (kos pengajian).

“(Jumlah ini) lebih daripada (caruman dalam) Akaun 2 EPF, jadi kita perlukan (wang dalam) Akaun 1.

"Tolonglah beri pilihan kepada pencarum (KWSP untuk membuat pengeluaran lebih awal),” kata Puan Liu, 50, yang kini masih bekerja dalam industri kewangan.

Pencarum memiliki dua akaun – Akaun 1 dan Akaun 2. Sebahagian besar caruman dimasukkan ke dalam Akaun 1, yang tidak boleh dikeluarkan sehingga had umur tertentu.

KWSP pada 10 April lalu mengumumkan bahawa had umur 60 tahun sebelum ini dinaikkan kepada 60 tahun dengan alasan untuk membolehkan pencarum memiliki jumlah simpanan yang secukupnya.

Caruman dalam Akaun 2 pula hanya boleh dikeluarkan untnuk tujuan tertentu seperti pembelian rumah atau pelaburan dalam saham amanah.

Seorang lagi pencarum, yang hanya ingin dikenali sebagai Mok berkata, had umur pengeluaran itu sepatutnya dikekalkan pada takah 55 tahun.

Katanya, perubahan ke atas had pengeluaran itu akan menjejaskan rancangan pencarum yang bakal mencecah umum 55 tahun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS