BN kekalkan kerusi DUN Kuala Berang
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabila calonnya, Mohd Zawawi Ismail menang dengan majoriti lebih tinggi sebanyak 2,059 undi.
Mohd Zawawi yang mendapatkan 6,051 undi untuk menewaskan calon PAS, Muhyiddin Abdul Rashid yang memperolehi 3,992 undi. Sebanyk 103 undi rosak.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabila calonnya, Mohd Zawawi Ismail menang dengan majoriti lebih tinggi sebanyak 2,059 undi.
Mohd Zawawi yang mendapatkan 6,051 undi untuk menewaskan calon PAS, Muhyiddin Abdul Rashid yang memperolehi 3,992 undi. Sebanyk 103 undi rosak.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihanraya kecil tersebut, Idris Mamat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada jam 9 malam, sejurus selepas ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, calon PAS dan pemimpin PAS yang lain tidak kelihatan di dewan sewaktu Idris membuat mengumumkan keputusan tersebut.
Dalam pilihanraya umum lalu Mac lalu, BN berjaya merampas kerusi tersebut daripada PAS apabila calonnya, Komaruddin Abdullah, menang dengan majoriti 1,695 undi.
Malah, jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS dalam pilihanraya kecil ini, juga merosot berbanding 4,231 undi yang diperolehi parti tersebut dalam pilihanraya umum lalu.
Manakala jumlah undi yang diperolehi oleh calon BN pula meningkat, berbanding dengan 5,926 undi yang diperolehi Komaruddin dalam pilihanraya umum lalu.
Undi pos
Pilihanraya kecil ini diadakan selepas Komaruddin, 46, meninggal dunia pada 30 Julai lalu akibat serangan jantung.
Bagaimanapun dalam pilihanraya kecil hari ini, jumlah pemilih yang keluar mengundi merosot sedikit kepada 88.78 peratus, berbanding 89.8 peratus dalam pilihanraya umum lalu.
Proses pengundian di kesemua 10 pusat pengundian bermula jam 8 pagi dan ditutup pada jam 5 petang ini.
Penjumlahan undi berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu kira-kira 6.30 petang. Daripada 129 undi Pos, BN mendapat 123 undi, PAS (2) dan 4 undi rosak.
Proses pengundian hari ini turut menyaksikan beberapa insiden kecil. Di beberapa pusat pengundian, peraih undi Barisan Nasional (BN) dan PAS saling ejek-mengejek sehingga suasana menjadi kecoh. Bagaimanapun tiada insiden buruk berlaku.
Laporan polis
Kekecohan juga berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang apabila PAS mendakwa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin BN memasuki kawasan tempat pengundian itu tanpa kebenaran.
PAS membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu pada pukul 9.55 pagi ini.
Keadaan lalulintas juga sesak di beberapa tempat pengundian, terutama pada sebelah pagi. Bagaimanapun keadaan itu dapat dikawal pihak keselamatan.
DUN Kuala Berang mempunyai seramai 11,289 pengundi Melayu, 134 Cina dan tujuh India yang kebanyakannya adalah golongan petani atau pekebun kecil.
Sementara itu jurucakap polis berkata sebanyak enam laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua parti itu. Sebanyak 705 pegawai dan anggota polis telah ditugaskan pada pilihanraya kecil itu.
Sementara itu, Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja kuat untuk menjamin kemenangan BN di Kuala Berang.
Melalui persidangan video yang disiarkan secara langsung di RTM, beliau juga gembira selepas selepas diberitahu oleh Najib bahawa semua pekerja BN bekerja dalam satu pasukan bagi menjamin kemenangan parti.
Datuk Seri Abdullah juga mengucapkan tahniah kepada calon BN, Mohd Zawawi di atas kemenangannya itu dan mengingatkan beliau supaya berkhidmat dengan baik kepada rakyat yang memilihnya.
Manakala pengarah PAS bagi pilihanraya kecil tersebut, Datuk Harun Taib pula berkata parti itu menerima keputusan rakyat yang memilih calon BN bagi mewakili DUN Kuala Berang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.