Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad tak tahu apa?
Diterbitkan:  Apr 29, 2015 2:38 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Di mata Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Maslan bukanlah tokoh yang sesuai diberi tanggungjawab menjaga ekonomi negara.

Kata bekas perdana menteri itu, Ahmad dilihat seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai kewangan.

Kenyataan itu dibuat beliau hari ini sebagai reaksi kepada komen Ahmad.

Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April lalu.

Dr Mahathir berkata, dia tidak mengatakan apa yang disebut Ahmad itu sebagai salah.

"Tapi dia orang (Ahmad) cakap orang (saya) tak tahu apa," katanya.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS