Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir tak dengar ucapan Najib semalam
Diterbitkan:  Apr 29, 2015 6:43 AM
Dikemaskini: 6:52 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mendengar ucapan Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang antaranya menegaskan tidak akan mengalah terhadap asakan padanya.

Mahathir bagaimanapun hari ini terus menggesa pemimpin nombor satu negara itu menjawab berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya kerajaan harus membayar hutangnya dan ia tidak patut menjadi masalah.

”Masalahnya sekarang wang hilang. Ia bukan satu atau dua juta ringgit tetapi RM14 atau RM20 bilion.

“Ke mana wang itu pergi?” soal perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

“Ia memberikan kesan pada kewangan kita,” katanya.

Mahathir ( atas ) diminta mengulas berhubung ucapan Najib malam tadi.

Najib semalam menegaskan tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaup diasak dan dikritik.

Ia dilihat secara tidak langsung menjawab kritikan keras Mahathir.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata tidak akan “bersurut pulang” biar pun “kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS