Malaysiakini BERITA

MP: Pejabat speaker tandas pun tak ada

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Selain perabot lusuh, pejabat speaker Dewan Rakyat juga tidak mempunyai tandas.

Perkara itu, menurut wakil rakyat BN Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, mungkin menjadi sebab di sebalik keputusan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk meletakkan jawatan sebelum ini.

Shahrir bagaimanapun tidak menafikan terdapat juga isu-isu lain yang mendorong ke arah itu.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu mengaitkan perkara itu dengan rasa hormat kepada seorang speaker.

Shahrir ( kiri ), yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) diminta mengulas keputusan Pandikar sebelum ini, yang dibatalkan kemudiannya.

Beliau bagaimanapun berkata tandas kini sedang dibina di pejabat speaker.

Pejabat Pandikar dipindahkan ke tingkat dua untuk sementara bagi memberi laluan kepada pengubahsuaian besar.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemudahan pejabat, termasuk perabot lusuh, antara punca Pandikar mahu meletakkan jawatan kerana ia memalukan di depan tetamu kenamaan.

Pandikar mengaku menghantar surat peletakan jawatan tetapi membatalkan hasrat itu selepas Najib tidak membukanya dan menjanjikan transformasi di Parlimen.

[Baca berita asal]