Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi minta RM10 untuk 'Tutup 1MDB'
Diterbitkan:  May 21, 2015 4:56 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli meminta orang ramai menyumbangkan RM10 setiap seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” yang kini berdepan kritikan pelbagai penjuru.

Rafizi berkata beliau, melalui NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), memerlukan RM20,000 memfailkan tindakan undang-undang berkaitan.

Beliau juga dalam kenyataan bersama dengan Pengarah Eksekutif NOW Akmal Nasir berkata mereka juga mahu menjalankan kaji selidik bagi menentukan sama ada rakyat menyokong gesaan supaya 1MDB ditutup .

“NOW percaya hanya tindakan proaktif rakyat yang akan dapat memastikan wang simpanan rakyat dalam dana-dana ini tidak terus terheret dalam menyelesaikan skandal kewangan 1MDB,” kata mereka.

Dalam kenyataannya hari ini, NOW menjelaskan permohonan injunksi terhadap Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji (TH) dijangka difailkan menjelang 29 Mei.

Rafizi dan Akmal mendakwa dana-dana tersebut leka, cuai dan tidak berhati-hati membuat pelaburan, yang mendedahkan pencarum dan pendeposit kepada risiko kerugian.

Permohonan injunksi terhadap KWSP dan TH akan difailkan oleh Rafizi atas kapasitinya sebagai pendeposit KWSP dan TH.

Permohonan injunksi terhadap KWAP akan difailkan secara bersama oleh anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul ( kanan ) dan mantan ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas kempen itu, NOW menjelaskan taklimat pertama mengenai kempen “Tutup 1MDB, Kembalikan Wang Rakyat” akan dibuat pada 3 Jun ini di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah sebelum diperluas di bandar-bandar besar negara.

Mereka menjemput kesemua pencarum dan pendeposit badan-badan itu tampal untuk mendengar sendiri langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kerugian dana tersebut.

Lihat Komen
ADS