Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DUN S'gor mungkin tergantung jika PAS keluar Pakatan

Sekiranya PAS keluar Pakatan Rakyat, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.

Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk ADUN bebas yang juga bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.

Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana puak Abdul Hadi dijangka akan menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.

Ditanya mengenai prospek PAS memilih keluar Pakatan pada masa itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau percaya ada kemungkinan gabungan itu masih boleh bertahan untuk menguasai Selangor.

"Di Selangor, dua ADUN PAS menyokong (presiden PKR Dr) Wan Azizah (Wan Ismail), jadi tidak bermakna jika Pakatan bubar, kerajaan Selangor akan runtuh," katanya kepada pemberita.

Beliau merujuk kepada ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menentang Abdul Hadi dan menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Dengan sokongan Saari dan Hasnul, PKR dan DAP boleh membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan 30 kerusi.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS