Polis sedang mencari dua anak muda yang disyaki menjadi penganjur satu "kumpulan anarkis" yang menurutnya hadir semasa protes anti-GST protes pada 1 Mei.
Polis telah mengeluarkan gambar dan berharap orang ramai dapat membantu pasukan itu mencari mereka.
Pada 1 Mei, kira-kira 20,000 peserta berhimpun di pusat bandar Kuala Lumpur dalam perarakan mendesak pemansuhan GST, yang dilaksanakan mulai 1 April.
Kumpulan anak muda sekitar 30 orang itu juga hadir dalam protes, yang menurut polis, telah menyebabkan gangguan antara peserta protes itu dan di kawasan sekitarnya dengan merosakkan harta awam serta membaling batu dan bom asap.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata, polis menahan seorang daripada anggota kumpulan itu di Shah Alam sehari selepas protes anti-GST.
Ianya sele pas polis menemui sijil perubatan dalam sebuah beg yang diting galkan di hadapan OCBC Bank di Jalan Tun Perak, yang digunakan untuk mengesan anggota kumpulan itu.
Polis juga menemui barang-barang lain dalam beg itu, termasuk topeng gas, beberapa bom asap, sebotol cat sembur dan risalah ideologi anarkis, kata Zainol.
Polis kini mengumpul maklumat tentang dua anggota kumpulan anak muda yang disyaki dan usaha sedang dijalankan untuk mencari mereka.