Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

'Pencarian' seorang lelaki untuk mendalami Islam membawanya ke tempat yang tidak pernah diingininya - masalah.

Wan Sulaiman Wan Ismail, 54, dari Perak, sebelum ini membangkitkan persoalan mengenai perbezaan antara apa yang tertulis dalam al-Quran dengan amalan Muslim.

Antara tempat yang dituju untuk mencari jawapan ialah pejabat Mufti Perak.

"Saya menganggap mereka sebagai guru. Sebab itu saya pergi ke sana untuk bertanya dan mendapatkan nasihat.

"Bagaimanapun mereka cuma memberitahu saya supaya ikut saja apa yang mereka kata," jelas Wan Sulaiman dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Tidak serik dengan itu, Wan Sulaiman mengemukakan soalan kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipp), pegawai Masjid Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada laman sesawang mereka.

Kesannya, Wan Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Perak 1992 oleh Jaipp.

Menurut seksyen itu, seseorang boleh didakwa jika didapati mempersenda, memperolok atau menghina al-Quran dan hadis secara perkataan atau perbuatan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM5,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya.

Kata Wan Sulaiman, dia tetap beragama Islam dan menyayangi agama.

"Saya cuma mahu mendalami Islam," katanya.

Dakwaan terhadap ahli perniagaan itu juga mendorong Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ( gambar ) menggelarnya pembohong dan menyampaikan ajaran Islam tanpa tauliah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen