Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husni: Anggota kabinet tak dibuli oleh PM
Diterbitkan:  Jun 4, 2015 6:28 AM
Dikemaskini: 10:52 PM

Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuli menteri Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Dia macam ini, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan, jadi apabila Kementerian Kewangan, maknanya kita kena bertanggungjawablah iaitu bawa kepada Kabinet untuk memberi perakuan kepada apa yang akan dilakukan oleh 1MDB.

"Tidak timbul soal buli, tidak timbul," katanya.

Ahmad Husni berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM malam tadi yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya?

Diskusi berdurasi selama sejam bermula 9.05 malam di TV1 bersama dua pengacaranya Shuhaimi Mohamed dan Sayed Munawar Sayed Mustar itu membincangkan secara mendalam mengenai pelaburan 1MDB dan perancangan kerajaan menyelesaikan hutang syarikat itu.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan tentang kenyataan Najib yang menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1MDB meskipun keputusan bersama telah diputuskan, untuk melepaskan jawatan.

Sementara itu, beliau berkata pulangan daripada hasil pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam aset-aset tenaga serta tanahnya akan memakan masa untuk dinikmati berikutan status projek-projek berkenaan yang bersifat jangka panjang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagaimanapun, tegasnya, media sebaliknya terlalu banyak memberi tumpuan terhadap aspek hutang yang dikumpul oleh syarikat pelaburan strategik negara itu iaitu sebanyak RM42 bilion.

"Jumlah RM42 bilion tersebut perlu dilihat bukan dalam konteks hutang semata-mata tetapi juga aset-aset, kos kewangan dan dana pemegang saham," katanya.

Ahmad Husni turut menafikan dakwaan serta spekulasi yang dilontarkan oleh pelbagai pihak bahawa RM27 bilion daripada sejumlah RM42 bilion telah 'hilang' atau 'lesap' sedangkan wang berkenaan telah digunakan dalam bentuk pembelian aset oleh syarikat itu.

Terdahulu, 1MDB dalam satu kenyataan hari ini, telah mengeluarkan butiran terperinci penggunaan hutang RM42 bilion yang dinyatakan dalam akaun awam dan diaudit dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

- Bernama

Lihat Komen
ADS