Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Malam ini, saya dan Rosmah tidur nyenyak'
Diterbitkan:  Jun 4, 2015 3:59 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak merasa lega dan berkata beliau dan isterinya boleh tidur nyenyak malam ini kerana BN Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokongnya.
 
"Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak
berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan.
 
"Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun  sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang," katanya Najib dalam laporan Bernama.
 
Perdana menteri menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat #sarawakfornajib di Stadium
Perpaduan di Kuching hari ini.
 
Menurut Najib, beliau adalah perdana menteri yang paling kerap melawat Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong.
 
Bernama melaporkan Najib berkata bahawa dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta merta’ buat pelbagai projek di Sarawak.

 
 

 
Lihat Komen
ADS