Gempa bumi sederhana melanda Sabah
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau, lapor Bernama.
Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.
Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.
Sementara itu, TV3 melaporkan ekoran gegaran itu pagi tadi menyebabkan kereta yang diletak di luar rumah mengeluarnya bunyi 'alarm'.
Manakala orang ramai di sekitar Kuala Kinabalu didapati berada di luar pejabat masing[masing bagai langkah berjaga.
Sementara itu, menurut Berita Harian Onlline, gempa bumi itu berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.
Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

