BERITA

Polis hentikan majlis, iring Dr M beredar

Anne Muhammad

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jun 2015, 3:57 pagi

Pihak penganjur Dialog PM bersama NGO memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut ekoran arahan pihak polis supaya ia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sebaliknya, program hari ini bertukar menjadi majlis bicara bersama Dr Mahathir yang bermula sekitar jam 10.30 pagi.

Ketika Dr Mahathir sedang berucap di pentas, beliau didatangi seorang anggota polis yang meminta beliau menghentikan ucapan.
Ketika itu,  hadirin bersorak " nothing to hide " (tiada apa untuk disembunyikan).

Sehingga jam 10.45 pagi ini, Dr Mahathir belum meneruskan ucapannya.

Beliau kemudiannya mengadakan sidang media selama 15 minit sebelum diiringi oleh anggota polis keluar dari dewan.

Hadirin juga kemudian beredar meninggal dewan tersebut.

Berikutan adalah laporan langsung.

11am: Dr Mahathir diiringi anggota polis meninggalkan dewan dan hadirin mula beredar.

10.50am: Dr Mahathir mengadakan sidang media.

10.35am: Polis meminta Dr Mahathir menghentikan ucapannya.

10.33am: Dr Mahathir berucap kepada hadirin.

10.37am: Penganjur berkata polis menghalang Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada menghadirinya, rundingan sedang berjalan.

Hadirin yang datang seawal 8.30 pagi, kini mencecah hampir 2,000 dan muzik dimainkan bagi menenangkan mereka.

8.53am:  IGP tweet arah majlis dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.