Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat berucap selama lima minit sebelum polis menamatkan ucapannya dan mengiring beliau keluar daripada satu forum hari ini.

Polis bertindak demikian apabila Mahathir menyebut nama jutawan Jho Low dan kaitan dengan masalah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mahathir mendakwa, jutawan tersebut terlibat "menghasut" agar rundingan untuk menggadai telaga minyak di Terengganu diteruskan.

Usaha itu bagi membolehkan Terengganu Investment Authority (TIA) pada masa itu meminjam wang sebanyak RM5 bilion, dakwa Mahathir.

Dalam ucapan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Mahathir membangkitkan perkara itu bagi menceritakan mengenai asal-usul hutang yang kini ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau pada asalnya menyokong usaha menubuhkan syarikat pelaburan untuk mengembangkan kekayaan Terengganu.

Namun beliau tidak bersetuju dengan langkah menggadai telaga minyak tersebut, kata Mahathir yang mendakwa pihak Istana Terengganu juga menolak cadangan tersebut.

"Pihak istana tidak setuju, disuruh tangguhkan tetapi Najib teruskan," kata Mahathir lagi.

Tambah Mahathir, beliau tidak dapat membiarkan lagi perkara itu apabila 1MDB "kehilangan wang berbilion ringgit".

"Perbuatan ini dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada rakyat, bahkan tidak diberitahu kepada Kabinet," katanya.

Ikut telunjuk kuasa luar

Oleh sebab itulah beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sepatutnya hadir di acara tersebut.

Mahathir berkata, beliau sebelum ini menyokong Najib kerana terhutang budi dengan Tun Abdul Razak Hussein yang menjadi sanjungannya.

“Saya memilih keputusan untuk tidak lagi menyokong Datuk Seri Najib walaupun dia anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi perdana menteri.

“Saya amat terhutang budi kepada Tun razak sebab itu saya nak Datuk Seri Najib meneruskan perjuangan Tun Razak, saya sokong Datuk Seri Najib.

“Tapi banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara,” kata Mahathir yang mengambil alih rostrum apabila Najib tidak muncul ke dialog 'Nothing to hide' di di PWTC.

Meneruskan kritikannya, Mahathir berkata beliau sikap Najib yang terlalu tunduk kepada kuasa asing sehingga Malaysia kini “terjajah”.

Tambahnya, lebih menyedihkan lagi, Najib akur apabila Singapura tidak bersetuju dengan hasrat tersebut.

“Dia (Najib) terlalu tunduk kepada Singapura, dia terlalu tunduk kepada Amerika (Syarikat).

“Hinggakan, hendak buat keretapi dalam negara kita sendiripun dia bertanya kepada perdana menteri Singapura, 'boleh tak saya buat keretapi laju di negara saya sendiri?',” kata Mahathir.

Lihat Komen
ADS