BERITA Malaysiakini

Hisham, Nazri nafi desas-desus rombakan kabinet

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Dua menteri kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak spekulasi mengenai rombakan kabinet.

Hishammuddin yang bersama sepupunya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Arab Saudi Sabtu lepas, berkata beliau tidak mahu melayan teori-teori konspirasi.

Ketika diajukan soalan itu di Parlimen hari ini, Hishammuddin sambil ketawa berkata beliau tidak perlu melayan teori konspirasi itu, termasuk beliau dispekulasikan meletak jawatan minggu lepas.

Blogger Umno Shabudin Husin mendakwa kunjungan mereka ke Arab Saudi baru-baru ini adalah untuk membuat persediaan bagi rombakan kabinet.

Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut serta dalam kunjungan tersebut.

Nazri: Tiada petunjuk

Begitu juga, Nazri (gambar), yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menafikan akan berlaku rombakan kabinet.

Bercakap kepada wartawan di Parlimen hari ini, beliau berkata tidak ada tanda-tanda mengenainya.

"Saya tidak dengar apa-apa mengenainya," kata Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sebelum ini, Najib memberitahu menteri yang tidak bersetuju dengan beliau berhubung isu 1MDB, meletakkan jawatan, tetapi tiada seorang pun yang berbuat demikian.

Selain Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal juga kritikal terhadap isu berkaitan 1MDB itu.

[Baca berita penuh/asal]