BERITA Malaysiakini

'Rakyat Johor' kecam kenyataan Nazri pada TMJ

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Laman Facebook pasukan bola sepak Johor tampil mempertahankan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam posting Facebook hari ini, pasukan itu memetik empat orang rakyat Johor dari pelbagai kaum memberitahu Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz untuk menarik balik kritikan terhadap putera sultan itu.

Mohd Fadzli Roy Jamil dipetik sebagai menyatakan bahawa Nazri tidak mempunyai hak untuk menghalang putera itu bercakap apa yang beliau fikirkan walaupun dalam hal politik.

Tema yang sama telah diulang sebut oleh tiga individu yang lain.

Laman Facebook pasukan bola sepak Johor sering dilihat sebagai jurucakap rasmi bagi putera raja itu, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor.

Pada 5 Jun, laman Facebook yang sama telah memetik Tunku Ismail sebagai mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak hadir dalam dialog dengan NGO pada hari yang sama.

Dalam sidang akhbar pada hari Jumaat Nazri mengingatkan bahawa Tunku Ismail dan semua kaum kerabat tidak supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau akan dikecam.

 

BANGSA JOHOR BERSATU DEMI JOHORIkuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, June 13, 2015

[Baca berita asal]