Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BTN mahu kerajaan haram buku 'indie'
Diterbitkan:  Jun 15, 2015 4:12 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Satu laporan di laman Biro Tatanegara menggesa kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit Indie yang didakwa memberi kesan negatif kepada kerajaan.

Dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN itu antara lainnya mendakwa, bahan penerbitan berkenaan bersifat “lucah” dan “bebas”

“(Pengikut indie) bergerak tanpa pemantauan khas pihak berwajib. (Ini) akan beri kesan negatif kepada kerajaan

“Buku-buku terbitan mereka dijual secara berleluasa tanpa sekatan atau halangan.

“(Penerbitan ini) melahirkan ikon baru generasi muda yang bawa idea bebas dan ekstrem," laporan itu dipetik.

Ia seterusnya menamakan aktivis Benz Ali, Adam Adli, Melati Rahim (gambar) serta Zikri Rahman.

Selain mengharamkan buku, laporan itu juga menggesa kerajaan mendekati golongan ini untuk memahami hasrat mereka.

Laporan sepanjang 19 halaman itu mendakwa, kalangan penerbit tersebut mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pengundi muda.

Antara nama penerbit yang disebut dalam laporan tersebut ialah Merpati Jingga, Lejen Press, DuBook Press, Poket Press, Selut Press, Terfaktab, Kaukab dan Fix.

Laporan itu juga menamakan beberapa orang tokoh penerbitan berkenaan, antaranya Aloy Paradoks (Selut), Aisa Linglung (Lejen), Amir Muhammad (Fixi) dan Faisal Mustaffa (Merpati Jingga)

Seorang lagi, Singanga dinamakan sebagai "chief" gerakan tersebut.

Laporan itu turut memuatkan takrifan BTN ke atas sastera dan buku Indie.

"Sastera Indie ditandai dengan kebebasan berfikir, idea yang tidak dikawal, tanpa ikatan peraturan, lepas-bebas dari sebarang hukum-

hakam penerbitan atau norma hidup."

Buku Indie pula, menurut laporan itu merupakan "buku yang ingin diterbitkan sendiri atau diterbitkan dan kemudian berjaya tanpa banyak dihalangi serta dikawal idea dan proses kreatifnya".

Ia berbeza dengan buku "underground" yang didakwa berhaluan "kiri" dan mengandungi unsur lucah dan tahyul.

Buku indie juga berbeza dengan aliran utama, yang ditakrifkan sebagai karya sajak, cerpen, novel, syair dan pantun.

Laporan berkenaan didapati dikeluarkan daripada laman BTN petang ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS