Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes kematian penyu meningkat di T'ganu
Diterbitkan:  Jun 16, 2015 3:59 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Kadar kematian penyu di Terengganu meningkat kepada 55 ekor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 49 ekor tahun lepas.

Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan Terengganu Rosman Rusdy berkata 99 peratus daripada penyu-penyu tersebut adalah penyu dewasa.

"Keprihatinan nelayan terhadap penyu masih lagi rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan didapati kebanyakan penyu tersebut mati akibat terkena peralatan nelayan seperti pukat hanyut dan rawai.

Rosman berkata berkemungkinan besar ada penyu yang mati tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Perikanan.

Menurut beliau mengikut data yang ada didapati perairan Kemaman merupakan kawasan yang paling tinggi kematian penyu itu diikuti perairan Dungun, Kuala Terengganu dan Besut.

Beliau berkata akibat kematian penyu yang setiap seekor boleh bertelur enam kali setahun tersebut, pihaknya kehilangan kira-kira 330 sarang dan 33,000 biji telur tidak dapat diramkan.

Rosman berkata kali terakhir seekor penyu agar dewasa ditemui mati terapung di perairan Pulau Redang pada 14 Jun lepas kira-kira pukul 12.30 tengah hari dipercayai lemas terkena pukat nelayan.

Beliau berkata Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan dua buah pulau yang paling tinggi pendaratan penyu di Terengganu setaip  tahun.

Sehingga semalam katanya pihaknya telah berjaya menanam 72,000 biji telur penyu agar di Pulau Redang dan 910,000 biji di Pulau Perhantian untuk program penetasan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS