Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta orang awam supaya tidak percaya dakwaan terhadapnya dan keluarganya di media sosial.

Berucap dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.

“Kita akan pastikan kebenaran muncul juga akhirnya,” katanya kepada orang ramai yang terdiri daripada orang awam dan pegawai kerajaan di Masjid Salahuddin Al Ayubi Mosque, Taman Melati.

Sebelum ini, laporan Wall Street Journal mendakwa bahawa AS$700 juta (RM 2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

1MDB pula kini sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Terdapat juga siasatan oleh pasukan petugas pelbagai agensi yang terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, dan Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report hari ini mendakwa RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank yang didakwa milik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

Laman web itu berkata ia berdasarkan maklumat yang diterima berkaitan dengan satu akaun di Affin Bank Berhad.

Najib tidak bercakap mengenai dakwaan itu tetapi meminta semua pihak supaya menunggu laporan Ketua Audit Negara untuk menjelaskan perkara itu.

"Jika anda berkata berbilion dana yang dimiliki 1MDB hilang, tunggu dan dengar laporan Ketua Audit Negara, sama ada ia benar atau tidak," tegasnya.

Najib berkata beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai dakwaan terhadapnya dan membiarkan Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) melaporkan perkara itu..

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS