BERITA

Tempoh tamat, tiada berita siasatan akaun Rosmah

Zikri Kamarulzaman

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Jul 2015, 9:05 pagi

Peguam kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor enggan mengulas perkembangan permintaan mereka kepada Bank Negara untuk menyiasat bagaimana butiran akaun bank beliau bocor, seminggu selepas tarikh akhir berakhir.

Ditanya sama ada Bank Negara telah memenuhi permintaan mereka, peguam Noorharjan Mohd Noor tidak menjawab secara langsung.

"Sekiranya terdapat perkara yang boleh dinyatakan kepada umum, ia akan dilakukan melalui kenyataan media," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 9 Julai, laman web pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan dokumen yang didakwa dibocorkan oleh penyiasat Malaysia yang mendakwa sejumlah RM2juta telah didepositkan ke akaun yang dikatakan milik Rosmah daripada 10 Februari hingga 23 April melibatkan lapan transaksi.

Laman web itu tidak pasti mengenai sumber wang tersebut tetapi individu yang membuat deposit itu dikenali Roslan Sohari, yang dikatakan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.