Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Demi melihat lukisan merah prasejarah yang berusia 3,000 tahun di Gua Tambun, kami terpaksa "menceroboh" tempat orang lain.

Kami memasuki Padang Kuda dan mengikuti jalan pasir di tepi padang untuk menuju kaki bukit Gua Tambun.

Hal ini kerana ia satu-satunya jalan untuk sampai ke kaki bukit Gua Tambun terletak dalam padang kuda yang merupakan tanah persendirian.

Gua Tambun diiktiraf sebagai tapak warisan negara pada 2010 kerana lukisan merah Zaman Neolitik yang berusia 3,000 hingga 4,000 tahun di dinding gua tersebut.

Gua Tambun terletak di sebuah bukit batu kapur di Tambun, Ipoh, Perak. Lukisan merah di dinding gua telah dijumpai oleh seorang pegawai tentera British pada tahun 1959.

Lukisan gua itu berwarna merah disebabkan sejenis batu mineral merah atau Hematit yang digunakan oleh manusia prasejarah untuk melukis benda yang dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Kini, kaki bukit Gua Tambun masih boleh menjumpai Hematit.

Walaupun melalui masa ribuan tahun, sesetengah lukisan di Gua Tambun mulai pudar, namun sebahagian besarnya masih boleh nampak dengan jelas.

Tiada penjagaan

Mengikut pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia Goh Hsiao Mei, lukisan merah prasejarah Gua Tambun merupakan satu-satunya lukisan "merah" yang terdapat pada gua di Semenanjung Malaysia yang tak ternilai harga.

Namun, Goh ( kiri ) mengeluh bahawa usaha konservasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa tidak mencukupi untuk menangani masalah yang semakin meningkat di Gua Tambun.

Pada masa kini, lukisan gua ini turut diancam dan dicemari perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh penduduk sekitar itu yang kurang kesedaran akan kepentingan lukisan prasejarah ini.

Malah, Goh berkata jalan yang sesuai untuk sampai ke kaki bukit Gua Tambun pun tidak ada, sebaliknya pengunjung hanya boleh menggunakan satu-satunya jalan yang terletak di padang kuda yang merupakan kawasan persendirian.

Keadaannya tambah buruk apabila pemilik padang kuda menyekat pintu masuk di kedua-dua belah depan dan belakang Padang Kuda dengan membina penghadang besi sambil meletakkan papan tanda kecil "No Entry".

Bagaimanapun, terdapat satu laluan masuk kecil di tepi Padang Kuda, namun ia turut cuba disekat dengan meletak papan kayu yang tingginya selaras dengan lutut manusia.

Tempuhi halangan

Goh berpendapat bahawa pengurusan pihak berkuasa terhadap Gua Tambun akan lebih berkesan jika mendapat sokongan penuh dari masyarakat tempatan.  

Beliau mencadangkan bahawa perundingan berkaitan dengan akses ke tapak haruslah dijalankan secepat mungkin.

 

Goh yang turut merupakan ahli arkeologi PPAG mula mengikuti perkembangan Gua Tambun sejak dua tahun dahulu setelah beliau tamat pengajiannya di luar negara.

Katanya, ketiadaan jalan yang baik untuk pengunjung ke kaki bukit Gua Tambun telah mematahkan keinginan orang ramai untuk melihat lukisan prasejarah ini, malah tapak warisan negara ini makin diabaikan.

Goh membawa kami menyeberangi papan kayu setinggi lutut manusia itu lalu lompat masuk Padang Kuda melalui laluan kecil di tepi padang. Seterusnya kami mengikuti jalan pasir di tepi padang menuju ke kaki bukit Gua Tambun.

Kami masih perlu membongkok badan untuk melalui dua lagi penghadang besi yang dibina di sebelah hujung Padang Kuda. Selepas meninggalkan kawasan padang kuda, kami dianggap tidak lagi "menceroboh" tanah persendirian itu lalu terus menuju ke kaki bukit Gua Tambun.

Bahagian 2: Lukisan kehidupan purba


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS