mk-logo
Berita
Separuh AJK Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan

Separuh daripada ahli jawatankuasa Pemuda PAS Shah Alam yang dipilih untuk 2015-2016, meletakkan jawatan hari ini, dengan menyatakan kurangnya kerjasama dan perbezaan dalam pelaksanaan wadah dengan PAS pusat dan negeri yang diterajui golongan konservatif.

Antaranya ialah Ketua Pemuda Shah Alam Helmi Radzuan, timbalannya Zainal Said, Naibnya Abbas Salimmi Adzmi dan sepuluh lagi pengerusi lajnah dan jawatankuasa kerja Pemuda PAS Shah Alam.

Abbas (tiga dari kanan), yang mengetuai sidang media hari ini dengan beberapa mereka yang telah meletakkan jawatan, menceritakan beberapa insiden menyatakan bahawa Pemuda PAS Shah Alam seolah disisih oleh Pemuda PAS pusat di cawangan mereka sendiri.

"Ada satu dua benda yang ralat. Beberapa program negeri dibuat di Shah Alam tanpa memberitahu kami.

"Kami rasa seperti disisih. Sebelum ini tak jadi pula perkara macam ni. Untuk program akan bekerjasama dengan kami, tuan rumah," kata beliau dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini