Berita Malaysiakini

'Bodohlah saya mahu jatuhkan kerajaan'

Radzi Razak  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

"Bodoh" - itu ungkapan digunakan Tan Sri Muhyiddin Yasssin untuk menggambarkan reaksinya terhadap mana-mana pihak yang mendakwa beliau mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Bercakap secara terbuka di mesyuarat perwakilan Umno Semporna hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 40 tahun dan tidak boleh diterima akal untuknya memusnahkan apa yang dibina selama ini.

"Saya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan. Bodohlah saya nak jatuhkan kerajaan yang saya bantu dan terlibat," katanya.

 

Timbalan Presiden Umno itu  memberitahu, beliau juga tidak akan meminta sesiapa di Semporna turun ke jalan raya untuk melakukan demonstrasi

"Saya takkan buat apa yang Anwar Ibrahim buat. Saya tidak akan jatuhkan kerajaan," katanya di depan perwakilan Umno Semporna yang kelihatan bersemangat hari ini.

Dianggarkan seramai 2,000 orang ahli dan pemerhati menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Umno Semporna itu.

Sementara itu Muhyiddin mengakui, beliau mendapat tahu ada khabar angin mendakwa beliau akan ditangkap tiga hari selepas digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak akhir bulan lalu.

Hari ini ketika berucap di majlis Umno Ampang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan ada seorang pemimpin parti itu sedang berpakat dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, beliau mendapat maklumat daripada "sumber dipercayai" bahawa gerakan mendapatkan akuan bersumpah di kalangan ahli parlimen sedang berjalan.

Saya takcuba jatuhkan kerajaan. Bodohlah saya nak jatuhkan kerajaan yang saya Bantu dna terlibat

" saya tak akan panggil and semua orang Semporna until turun protes dk jalan

Saya takkan buat apa Anwar buat