Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH jadi jutawan, kumpul RM1.2 juta
Diterbitkan:  Aug 21, 2015 4:23 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH berjaya mengumpulkan dana lebih RM1 juta ringgit hasil derma dan jualan baru perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Jumlah itu diumumkan di Facebook rasmi BERSIH malam tadi.

“Jumlah terkini dari derma dan penjualan baju yang telah kami terima ialah RM1,221,419.02.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menderma kepada kami.

Kepada yang belum, teruskan menderma!” menurut status itu.

Selain menjual baju kemeja T, BERSIH juga sebelum ini menganjurkan kutipan derma " cabaran baldi ais " yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia sebelum ini.

Salam BERSIH,Jumlah terkini dari derma dan penjualan bajum yang telah kami terima ialah RM1,221,419.02. Kami...

Posted by BERSIH 2.0 [OFFICIAL] on Thursday, 20 August 2015

Lihat Komen