PKR gesa DAP, PAS, AMANAH berdamai

   

Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata beliau faham keraguan DAP terhadap PAS sebagai sekutu politik tetapi menggesa mereka berhenti menyerang parti Islam itu.

Beliau juga berkata PAS patut berdamai dengan parti serpihannya Parti Amanah Nasional (AMANAH).

“Kami terima semua pihak ada alasan baik untuk menegaskan pendirian masing-masing.

“Bagaimanapun perdebatan dan tuduhan-tuduhan berpangkalan mengecewakan rakyat biasa yang bergelut untuk mencari jalan keluar,” katanya.

PKR justeru, kata Tian Chua, menggesa 'gencatan senjata' bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut itu.

DAP semalam terus menyuarakan bantahan terhadap pendirian PKR yang mahu PAS menyertai gabungan baru pembangkang selepas Pakatan Rakyat berkubur sebelum ini.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In