Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia siasat import gegelung keluli panas
Diterbitkan:  Sep 11, 2015 8:24 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Malaysia telah menerima petisyen daripada Megasteel Sdn Bhd, mewakili industri domestik yang mengeluarkan gegelung keluli panas (HRC).

Pempetisyen mendakwa pengimportan HRC ke Malaysia telah meningkat daripada 2012 hingga 2014 secara mutlak dan relatif yang menyebabkan kemudaratan serius kepada industri tempatan," kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah memutuskan untuk memulakan siasatan ke atas import HRC.

HRC digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai industri seperti kontena kargo dan tren, bahan paip untuk aplikasi minyak dan gas, keluli struktur dan bahagian casis kenderaan.

Selaras dengan Akta 657 dan Peraturannya, penentuan awal penyiasatan akan dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh mula siasatan.

"Penyiasatan lanjut akan dibuat sekiranya terdapat penentuan afirmatif ke atas hasil siasatan awal.

"Kerajaan juga mengenakan langkah perlindungan sementara bagi mengurangkan kesan kemudaratan kepada industri tempatan berikutan import HRC itu," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS