Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairuddin direman enam hari
Diterbitkan:  Sep 19, 2015 1:25 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman enam hari mulai hari ini, kata peguamnya Matthias Chang.

Khairuddin ditangkap polis semalam dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen .

Isteri Khairuddin, pelakon Datin Umie Aida memberitahu Malaysiakini semalam ahli perniagaan itu ditangkap di rumah mereka pada jam 7.30 malam.

Bekas ketua Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan reman selama enam hari.

Menurut peguam utama Khairuddin, Stanley Augustin, kebenaran tahanan reman tersebut diberikan majistret, Asyraf Abdul Manan, sehingga Khamis ini selepas kedua-dua pihak berbincang.

Ia bermakna Khairuddin hanya akan dibebaskan pada hari raya haji ini.

Kata Augustin, majistret meluluskan permohonan polis selepas berpuas hati pihak berkuasa memerlukan masa untuk menyiasat Khairuddin.

Augustin juga menjelaskan, polis mendakwa bahawa dokumen mengenai 1MDB yang diserahkan Khairuddin kepada beberapa pihak berkuasa antarabangsa adalah palsu.

"Mereka kata dokumen yang diberikan Khairuddin kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu. Hujah saya ialah, bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa ia adalah palsu sedangkan kamu tidak pernah melihatnya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

Lihat Komen
ADS