Ambiga: Khairuddin dihukum dengan reman panjang
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga membidas tempoh perintah reman enam hari yang dikenakan ke atas bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Perintah remah tidak sepatutnya dijadikan sebagai hukuman dan saya rasa ia penganiayaan mutlak menahan beliau selama enam hari.
"Saya cukup terkejut sebenarnya, dengan tempoh reman yang panjang. Saya rasa penyalahgunaan prosedur reman mesti dihentikan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penahanan Khairuddin.
Sebelum itu, beliau yang juga bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0 bercakap dalam satu forum berkaitan kebebasan di Malaysia.
Ambiga meluahkan kekecewaannya dalam kes yang beliau percaya ahli politik dan aktivis yang ditahan direman dengan cara tidak sepatutnya, adalah satu bentuk hukuman.
Khairuddin ditahan Jumaat lalu bawa Seksyen 124C Kanun Keseksaan berhubung aktiviti jenayah yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Menurut peguam beliau, Stanley Agustin, polis mendkawa bahawa dokumen yang diserahkan oleh Khairuddin sebagai bukti berhubung laporan polisnya berkaitan skandal 1MDB adalah palsu.
Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan itu dilapor merancang untuk mengadakan dengan pihak Biro Penyiasat persekutuan (FBI) esok, tetapi beliau dilaran keluar Malaysia sebelum beliau ditahan.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.