Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bloomberg: TPPA jejaskan syarikat kerajaan
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 6:27 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) disepakati di Atlanta, Amerika Syirikat (AS) semalam, timbul kembali perbahasan berkaitan untung rugi terhadap negara-negara yang menyertainya.

Pengamatan agensi berita perniagaan Bloomberg mendapati syarikat milik kerajaan akan menerima kesan buruk akibat TPPA yang memperuntukkan akses sama rata terhadap pemerolehan kerajaan.

Bagaimanapun, sektor seperti elektronik, bahan kimia, minyak sawit dan pengeksportan getah sebaliknya akan menerima kesan positif.

Ini kerana, Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan salah satu daripada penanam terbesar getah, lapor Bloomberg .

AS, Jepun dan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia semalam mencipta sejarah mencapai kata sepakat untuk perjanjian terbesar pernah dilakukan bagi mengurangkan halangan perdagangan.

Analisis Bloomberg juga menjangkakan China, ekonomi kedua terbesar di dunia, bakal mengalami kerugian besar susulan kesepakatan 12 negara itu.

Menurut agensi itu, pengeksport China mungkin kehilangan beberapa bahagian pasaran di AS dan Jepun ke negara-negara membangun seperti Vietnam.

Di Malaysia, bantahan terhadap TPPA, yang dianggap penuh rahsia sebelum ini, terus bergema apabila teks penuhnya akan dibentangkan di parlimen untuk dibincang.

TPPA ditandatangani oleh AS, Kanada, Jepun, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peri, Singapura dan Vietnam.

[Baca analisis penuh]

Lihat Komen
ADS