Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Peruntuk 2 hari bincang titah Majlis Raja-Raja
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Dua hari pertama bagi sesi bajet di Parlimen pada akhir Oktober sepatutnya digunakan untuk membincang kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu semalam, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, dalam kenyataan itu mengandungi tiga perkara yang menjadi perhatian rakyat iaitu skandal RM50 bilion 1MDB , kelemahan ketara dalam segi kedaulatan undang-undang dan kerapuhan perpaduan di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, MP Gelang Patah itu berkata Majlis Raja-Raja Melayu juga mempunyai "asas" dalam menyuarakan kebimbangan mengenai kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Lim berkata bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dan pensyarah undang-undang Azmi Sharom yang dituduh bawah Akta Hasutan adalah contoh "pendakwaan dan penyiasatan yang berniat jahat dan terpilih".

Lim juga berharap jika Kabinet akan memberi maklumbalas terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu selepas mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini.

"Adakan perdana menteri dan Kabinet bersetuju dengan kenyataan ini dan berkongsi kebimbangan Majlis Raja-Raja?

"Pandangan Majlis Raja-Raja berkaitan 1MDB... adalah perdana menteri dan Kabinet akan mengumumkan satu plan tindakan baru hari ini untuk menghilangkan kebimbangan umum mengenai keikhlasan kerajaan?" soal beliau.

Katanya, rakyat akan mengetahui juga selepas ini, sama ada Kabinet akan menjelaskan tiga isu yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja.

Dalam kenyataan yang lain, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pula menerima baik kenyataan daripada Majlis Raja-Raja Melayu itu.

"Mewakili rakyat Selangor, kami menerima baik titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan melahirkan penghargaan dan ikhlas kami untuk semua pandangan dan nasihat yang tidak ternilai yang diberikan," katanya.

Secara khususnya, beliau berkata nasihat itu kepada pemimpin supaya sentiasa "berpegang kepada prinsip rukun negara berkaitan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang" tepat pada masanya.

"(Peringatan itu) harus kekal jelas pada setiap masa untuk semua orang yang memegang kuasa eksekutif," katanya.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR turut menyatakan bahawa kenyataan itu tidak seharusnya dipolitikkan oleh sesiapa pun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS