Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pulau Pinang mencapai kejayaan tanpa berlaku ugutan perkauman atau rusuhan agama, membuatkan rakyat bercakaran atau mengetat kawalan kebebasan.
Lim yang juga ketua menteri, juga berkata negeri itu adalah pusat kepelbagaian, dan disambut melalui laman Warisan Dunia Unesco George Town, yang telah dianugerahkan pada 2008.
"Mengapa perlu perbezaan bahasa dan budaya memisahkan kita?" tanya Lim dalam ucapannya di Konvensyen DAP Johor hari ini.
"Mendesak sekolah satu aliran dan secara tidak langsung menutup sekolah Cina dan Tamil membuatkan kita semua kerugian apabila terdapat lebih ramai bukan Cina di sekolah ini," kata Lim.
Beliau merujuk kepada tuduhan perkauman dalam himpunan Baju Merah yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Hari Malaysia apabila peserta melemparkan penghinaan kaum terhadap masyarakat Cina dan menggesa penutupan sekolah vernakular Cina.
Bimbang dengan peningkatan ketegangan kaum dalam negara turut diluahkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu kehadiran Najib dalam mesyuarat agung tahun MCA hari ini.
Perdana menteri dalam maklumbalasnya, memberi jaminan sekolah jenis kebangsaan Cina akan tetap beroperasi.
Sementara itu, Lim berkata Pulau Pinang dikenali di peringkat antarabangsa kerana menunjukkan bahawa semua boleh mendapat manfaat meraikan kepelbagaian menerusi saling menghormati, menerima teknologi dan menunjukkan toleransi untuk idea-idea baru.
Belau berkata DAP percaya rakyat Malaysia boleh bersatu melalui idea yang baik, prisip moral dan integriti umum.
"Pada pilihan umum akan datang, akan dimenangi oleh siapa yang menawarkan ekonomi yang baik selepas ini.
"Semua retorik mengenai mendapat kepimpinan yang bersih tidak akan relevan jika kiata menjadi bankrap atau tiada berdaya mengurus ekonomi untuk menanambahbaik kehidupan rakyat, sama ada membantu orang miskin, membantu mangsa banjir, memberi khidmat dan pendidikan yang lebih baik," katanya.
