Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Dunia sedang memerhati siri tangkapan baru, kata Rafidah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Bekas seorang menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyifatkan sebagai tidak produktif tindakan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan pendekatan yang keras dalam menangani perbezaan pendapat.

Dengan menyenaraikan siri tangkapan dan penahanan individu-individu sejak kebelakangan ini atas pelbagai sebab, seperti menjatuhkan belon dari atas atau membuat laporan polis terhadap apa yang mereka lihat sebagai penyelewengan dan putar belit, Rafidah berkata, ianya jelas bahawa kini terdapat sikap tidak bertoleransi terhadap sebarang perbezaan pendapat dari sesiapa sahaja.

"Perbezaan pendapat kini telah diterjemahkan sebagai 'anti-kerajaan' dan 'anti-kepimpinan', dan bahagian-bahagian tertentu undang-undang yang sedia ada sedang digunakan untuk menjustifikasikan tangkapan," katanya dalam catatan Facebook.

Katanya, ia agak merisaukan terhadap sikap tidak bertoleransi langsung seumpama itu terhadap perbezaan pendapat.

"... pada masa apabila terdapat isu-isu yang melanda rakyat dan membimbangkan mereka.

"Terutamanya jika perbezaan pendapat itu sememangnya mencerminkan perasaan majoriti besar. Dan kini, dengan siri tangkapan, dunia sedang memerhati...," kata Rafidah yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan bekas ketua Wanita Umno.

Beliau mengulas penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang hari ini didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, dengan tuduhan cuba untuk mensabotaj perkhidmatan kewangan dan pembankan negara. Baca berita penuh