Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamal tetap mahu teruskan demo anti-k'jaan S'gor

Orang kuat disebalik himpunan 'baju merah' pada 16 September lalu, Datuk Jamal Mohd Yunus mahu meneruskan himpunan anti-kerajaan negeri Selangor pada 18 Oktober ini.

Malah, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu memaklumkan beliau sedang merancang untuk melakukan siri jelajah di Selangor selama enam bulan, bermula dengan perhimpunan di Ampang, Ahad ini.

Jamal berkata beliau juga telah menghantar notis kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa melakukan kerja mereka.

Saya tidak mencabar pihak polis atau pihak berkuasa. Saya cuma nak beritahu 18 Oktober ini kami tetap akan mengadakan perhimpunan itu.

"Kami tidak jangkakan kehadiran ramai orang, anggaran kami sekitar 5,000 orang. Ini adalah siri jelajah.

"Selepas ini, kami akan berhimpun di Kelana Jaya dan Subang... siri jelajah ini akan dilakukan dalam masa enam bulan sebelum kita kumpulkan ratusan ribu dalam satu himpunan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Minggu lalu, Jamal mengumumkan akan mengadakan perhimpunan “Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba” pada Ahad ini di Ampang.

Jamal pada mulanya bercadang mengadakan satu perhimpunan di Kajang sebaik sahaja beliau dibebaskan selepas ditangkap susulan kenyataannya berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu berkata tindakan itu dibuat kerana presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil kawasan itu dua tahun lalu.

Jamal kemudian membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang sebaliknya mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Tol di Selangor

Sementara itu, Jamal juga mahu kerajaan negeri Selangor bertanggungjawab terhadap kenaikan tol.

Katanya, ini kerana kerajaan Selangor memiliki 30 peratus keuntungan daripada syarikat konsesi tol yang beroperasi di negeri termaju di Malaysia itu.

"Kerajaan negeri Selangor menikmati royalti daripada 30 peratus saham dalam syarikat konsesi lebuh raya itu.

“Apa salahnya kerajaan negeri beri subsidi kepada syarikat konsesi ini. Ini satu cabaran kepada kerajaan Selangor yang hanya pandai bercakap sahaja," kata Jamal.

[baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS