Mexico, Indonesia dan Malaysia menyaksikan kejatuhan paling ketara simpanan bank pusat masing-masing dalam suku tahun terakhir.
Isu itu mencuri tumpuan terutamanya selepas rizab China, yang terbesar dalam dunia, jatuh dan mencipta rekod AS$180 bilion dalam suku ketiga susulan campur tangan untuk menyokong yuan selepas penurunan pada pertengahan Ogos.
Tetapi ekonomi yang sedang meningkat naik juga mengalami kemerosotan rizab masing-masing.
Banyak negara-negara cuba menyokong mata wang masing-masing, yang mencatat nilai rendah berbanding dolar Amerika Syarikat untuk berbulan-bulan.
Rizab Mexico dan Malaysia jatuh lebih AS$12 bilion antara Julai dan penghujung September.
Indonesia dan Korea Selatan pula masing-masing rugi AS$6.3 bilion dan US$6.9 bilion, walaupun sebahagiannya disebabkan kesan pertukaran euro-dolar.
