Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Periksa rekod berapa orang saya tahan ISA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak tuduhan bahawa Malaysia sebuah negara polis, dan mencabar pengkritik supaya memeriksa rekodnya berkaitan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berbanding pemimpin sebelumnya.

Tanpa menyebut nama, Najib berkata pentadbirannya bukan mengamalkan 'negara polis' di tempat kerja sebaliknya kedaulatan undang-undang.

"Saya memansuhkan akta ISA. Saya telah dikritik kerana memansuhkan ISA. Malangnya terdapat segelintir rakyat yang kata Malaysia jadi negara polis sekarang.

"Periksa rekod saya. Berapa orang yang saya tahan bawah ISA? Berapa ramai rakyat yang ditahan ISA bawah kepimpinan sebelum ini?

"Kenapa mereka kata hari ini (Malaysia) adalah negara polis. Ini bukan negara polis; ini dinamakan kedaulatan undang-undang di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan perwakilan nasional Gerakan di Shah Alam hari ini.

Walaupun Najib memansuhkan ISA, beliau dengan jelas membuat pusingan U untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum dulu.

Sehingga Mac lalu, dalam laporan badan penyeidik, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berkata sekurang-kurangnya 120 orang ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa bawah Akta atau undang-undang lain yang sama menindas.

Mangsa terbaru adalah aktivis Khalid Mohd Ismath, 25, yang dikenakan 14 tuduhan berhubung dengan posting berkaitan kerabat diraja Johor, pada minggu lalu .

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) telah menggantikan ISA yang tidak mempunyai peruntukan dimana Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan seberapa lama dan ia boleh diperbaharui.

Namun penggunaan Sosma terhadap bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang mengundang kritikan bahawa undang-undang baru itu telah disalahgunakan.

Sebelum ini, Khairuddin ditangkap selepas menggesa pihak berkuasa di seluruh dunia untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS