PERKASA dakwa bank buang 90 peratus pekerja Melayu

Anne Muhammad        

PERKASA hari ini mendakwa sebuah bank telah membuang sebahagian besar pekerja bahagian teknologi maklumatnya yang berbangsa Melayu sejak tahun 2008.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA mendapat aduan bahawa 298 pekerja sudah dibuang kerja atas alasan prestasi rendah walaupun telah 10 tahun berkhidmat serta ditawarkan skim pencen awal (ERS).

“Menurut aduan yang PERKASA terima ada dua orang pegawai yang bertindak sedemikian terhadap pegawai bawahan itu.

“Sama ada sengaja atau tidak mereka berhentikan 90 peratus pekerja Melayu atas pelbagai alasan dan sukar kita dapat terima alasan yang diberikan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA Kuala Lumpur petang tadi.

Menurut Ibrahim, pekerja yang dibuang memberitahunya pada tahun 1970 sehingga 1990 kakitangan Melayu yang menjadi mangsa telah merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan.

Beliau justeru meminta bank berkenaan berhenti "menindas" golongan bumiputera.

PERKASA juga menuntut Kementerian Kewangan dan Bank Negara mengambil serius dakwaannya itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi bank itu.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In