Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayaran skim BR1M akan dinaikkan
Diterbitkan:  Oct 23, 2015 4:15 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

LANGSUNG Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat petang ini.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Najib tiba di perkarangan Dewan Rakyat kira-kira pukul 4 petang dengan memakai baju Melayu berwarna ungu sambil memegang beg hitam berisi teks belanjawan.

Pembentangan itu juga disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Intipati belanjawan

  • SKMM sediakan RM1.2 bilion antara lain untuk tingkatkan kelajuan Internet luar bandar kepada 20 megabit sesaat.

  • Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
  • KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7dan 6.4 peratus.
  • Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
  • Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
  • Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
  • Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
  • Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
  • Laporan langsung

    Berikut laporan langsung pembentangan menteri kewangan daripada Dewan Rakyat dari masa ke semasa:

    • MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dengan anggaran kos pembinaan RM28 bilion direncana bermula dalam suku kedua 2016, dijangka siap menjelang 2022.

    • Lima hospital baru akan dibina. Caj penuh akan dikenakan bagi pesakit bukan warganegara Malaysia.

    • Lebuh raya Pan Berneo akan bebas daripada dikenakan tol.

    • Pengguna prabayar telefon akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

    • Cukai pendapatan bagi golongan berpandangan tinggi dinaikkan. Golongan berpendapatan antara RM600,000 hingga RM1juta naik daripada 25 kepada 26 peratus. Golongan berpendapatan lebih RM1juta dinaikkan daripada 25 hingga 28 peratus.

    • Sebagai pengamal dasar ekonomi terbuka, kerajaan secara prinsipnya menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tetapi pertimbangan muktamad hanya akan dibuat di parlimen kelak.

    • Kerajaan sedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas.

    • Tanpa GST, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan 3.1peratus seperti yang disasar tahun 2016.

  • Kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini hanya RM18 bilion berbanding kutipan GST sebanyak RM39 bilion.
  • Kutipan GST terpaksa untuk menampung sebahagian kekurangan kutipan hasil petroleum.
    • Malaysia masih stabil dengan asas ekonomi kukuh dan terus berdaya saing.
    • Malaysia tidak dapat lari dari kelembapan ekonomi global, penurunan harga komoditi, penyusutan nilai ringgit, pertumbuhan perlahan negara kuasa besar ekonomi dunia
    • Untuk 2016 kerajaan menyasarkan seramai 30.5 juta pelancong datang ke negara ini dan dijangka menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi. Justeru sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
    • Kerajaan bercadang memantapkan usaha memperkukuhkan integriti serta kurangkan ketirisan serta rasuah. Untuk itu bilangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan ditambah
    • Untuk menghargai kakitangan perkhidmatan awamk berajaan bersetuju:
    1. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yg akan memanfaatkan 1.6 juta kakitangan dengan peruntukan RM1.1 bilion;
    2. Menambah baik 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
    3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kpd RM1,200 sebulan yang akan manfaatkan 60,000 penjawat awam
    4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan ia melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
    5. Melantik tetap pegawai lantikan kontrak yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan membawa manfaatan 10,000 pegawai kontrak
    • Pelaksanaan kesemua langkah ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion

    • Jumlah BR1M untuk 2016 akan dinaikkan seperti berikut
    1. Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1050
    2. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000
    3. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kpd RM800
    4. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas dan memiliki pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kpd RM400

    • Kesemua bantuan BR1M ini akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion
    • Pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250

    • MARA diperuntukkan RM3.7 bilion termasuk untuk menaja pengajian seramai 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi

    Lihat Komen
    ADS