Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Antara inti pati ekonomi Bajet 2016
Diterbitkan:  Oct 23, 2015 4:48 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Berikut ialah inti pati Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

*Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.

*KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

*Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.

*Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.

*Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini. *Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.

*Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion.

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion.

* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion.

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.

* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016.

* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion.

* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion.

* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion.

* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi.

* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion.

* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta).

*Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi.

*Khazanah Nasional juga memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian.

*Pelaburan seterusnya sebanyak RM18 bilion bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor untuk 2016.

*Memperuntukkan RM320 juta bagi pembangunan Rubber City di Kedah.

*Memperuntukkan RM142 juta bagi pembangunan Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak

*Memperuntukkan RM20 juta bagi pembangunan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah

*Insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan bagi menggalakkan pelaburan semula.

*Potongan cukai diberikan ke atas kos penerbitan sukuk 'Sustainable and Responsible Investments' dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.

*Peruntukan untuk Skim Dana pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 ditambah RM1 bilion

*Peruntukan untuk pelan Induk PKS bagi pemberian dana pada pelbagai peringkat perniagaan sebanyak RM107 juta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS