K’jaan tak kompromi himpunan jejas perpaduan - Najib

Zikri Kamarulzaman        

PARLIMEN | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bertegas tidak berkompromi dengan kesalahan berhubung perhimpunan jalanan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya sama ada perdana menteri menyokong perhimpunan ‘baju merah’ pada 16 September lalu yang dikenali sebagai ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang objektifnya berbaur perkauman.

Kok juga menyoal sama ada perhimpunan yitu menjejaskan slogan 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

Dalam jawapan bertulisnya itu, Najib tidak menyatakan pendirian peribadi tetapi sekadar berkata kerajaan "tidak berkompromi dengan kesalahan berhubung perhimpunan jalanan yang boleh mengakibatkan perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.”

“Tindakan provokasi oleh pemimpin penganjur perhimpunan dan para peserta dengan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah satu tindakan tidak bertanggung jawab dan menjejaskan perpaduan.

"Pendirian kerajaan sangat jelas mengenai perkara ini, sebarang usaha untuk menggangu-gugat perpaduan dan keharmonian negara adalah satu usaha yang dientang oleh kerajaan, katanya.

Himpunan Rakyat Bersatu, yang lebih dikenali sebagai perhimpunan ‘baju merah’ diadakan berikutan penganjuran BERSIH 4 pada 29 Ogos dan 30. Kedua-dua perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur.

BERSIH 4 antara lain mahu Najib meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah, dan dihadiri sebahagian besar oleh peserta daripada masyarakat Cina.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In