Najib: Tahanan pencegahan selari dengan demokrasi

Koh Jun Lin        

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini berhujah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) selari demokrasi.

Penegasan itu dibuat ketika walaupun akta itu berdepan kritikan kerana membenarkan tangkapan pencegahan.

“Saya percaya prinsip pencegahan pencegahan sudah tentu diperlukan untuk kita bagi memastikan tiada aksi keganasan berlaku di Malaysia dan bumi kita […]

“Tahanan pencegahan selaras dengan demokrasi, kerana demokrasi hormat pada kedaulatan undang-undang, hormat kehidupan sebagai prinsip asas dalam hak asasi manusia,” katanya.

Mengaitkan dengan perlindungan terhadap nyawa manusia, Najib menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap pihak yang mengancam nyawa orang ramai.

Beliau berkata demikian dalam majlis makan malam di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pota berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 September 2015.

Penguatkuasaan Pota selaras dengan pembentangan kertas putih perdana menteri di parlimen tahun lalu bagi menangani ancaman kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menerima kritikan berpanjangan dimansuhkan pada 20111.

Kerajaan bagaimanapun menggantikannya dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

Langkah ini turut dikritik ramai pihak yang mendakwa ia turut mengekang kebebasan dan hak asasi rakyat Malaysia.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In