Negara polis? Saya pun hairan, kata Nazri

   

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pelik dan hairan dengan laporan Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa Malaysia mula bertukar menjadi sebuah ‘negara polis’.

"Awak begitu bebas di sini menyoal saya pelbagai soalan. Apa hak asasi awak yang disekat,” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Adakah awak rasa seperti (kita berada di) Zimbabwe atau Libya?" soalnya.

Bagaimanapun, katanya, laporan HRW hanya satu pendapat dan boleh diterima.

Semalam, HRW yang berpangkalan di New York itu menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang yang "menjenayahkan" hak bersuara secara aman.

Ia sekali gus mendesak Najib berhenti menangani kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebagai satu jenayah.

Berjudul "Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia", laporan setebal 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi.

Ia juga mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.

HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi ‘mengganggu, menyiasat dan menahan’ individu yang bersuara secara aman.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In