Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjelaskan dakwaan beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.

"Jumaat ini kita ada perbincangan bajet Selangor. Saya akan minta penjelasan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah kemudiannya memuat-naikkan di Facebook, dengan mendakwa artikel itu tidak tepat.

“Saya sudah bincang dengan Azmin Ali mengenai isu lebuh raya dan terima penjelasan beliau. Tiada isu 'summoning him...'

“Kak Wan tidak 'demand'... jadi berita ini tidak benar,” tulisnya merujuk kepada artikel Malaysiakini.

Dalam artikel itu, Dr Wan Azizah ditanya sama ada Azmin bertindak secara unilateral, sebab yang sama yang menyebabkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat.

Berikut adalah rakaman audio sidang akhbar itu:

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli Isnin lalu berkata, Azmin akan dipanggil bagi memberi penjelasan bahawa beliau bertindak secara unilateral dalam meluluskan projel Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur ( EKVE).

"Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tetapi saya akan bangkitkan perkara itu pada mesyuarat dalaman kami untuk mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada beliau beri kelulusan," kata Rafizi yang dipetik oleh Sinar Harian .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS