BERSIH bawa kempen 'tolak Najib’ ke Parlimen
Kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH hari ini membawa 31,000 poskad dan surat petisyen dalam talian yang dikumpul melalui kempen 'Undi Tidak Percaya' kepada ahli parlimen di Dewan Rakyat.
Kempen yang dilancarkan pada 8 Oktober lalu bertujuan supaya akyat mendesak ahli parlimen masing-masing untuk menolak Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Daripada jumlah itu, hanya sembilan pengundi di Pekan yang menandatangani petisyen mengesa Najib selaku ahli parlimen Pekan supaya berundur.
BERSIH, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki bangunan sementara, walaupun dibenarkan ke kawasan perkarangan Parlimen.
Bangunan Parlimen utamakini sedang di bawah pengubahsuaian.
"Kami telah mengumpul 31,000 poskad dan surat petisyen untuk dihantar kepada 211 Ahli Parlimen," kata Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang mengetuai sekumpulan 10 sukarelawan.
"Kempen ini akan diteruskan sehingga mereka mengundi (di Parlimen)," kata Chin.
Pihak keselamatan Parlimenn, bagaimanapun, merampas poskad dan surat petisyen dalam talian, yang diletakkan dalam sampul surat yang berasingan.
"Kami tidak dibenarkan masuk ke Parlimen kerana tidak memaklumkan terdahulu kepada sekretariat Parlimen," kata Chin.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
