Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau menteri yang dipilihnya akan menjawab isu sekitar kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya pada 3 Disember depan.

Jawapan itu akan diberikan dalam sesi soal jawab pada hari terakhir sidang parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Malaysiakini dan beberapa lagi organisasi media.

Anggota parlimen Pengerang itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Najib akan menjawab sendiri itu itu.

“Sama ada perdana menteri akan jawab atau seseorang daripada Jabatan Perdana Menteri, ia bawah bidang kuasa khas perdana menteri,” katanya ketika ditanya sama ada Najib sendiri akan menyentuh perkara itu.

Sambil memegang salinan peraturan mesyuarat parlimen, Azalina berkata ia tidak menyebut sama ada jawapan harus diberikan pada hari soalan itu dibangkitkan.

“Jika perdana menteri jawab hari ini, akan terus ada soalan.

“Tidakkan kamu fikir lebih adil kumpulkan semua soalan pada hari terakhir,” katanya.

Lihat Komen
ADS