Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak makan rasuah, Indonesia usul penjara buaya
Diterbitkan:  Nov 11, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

GLOBAL Indonesia sedang melipat gandakan usaha membanteras pengedaran dadah di negara itu.

Bagaimanapun, ketika ramai sudah dijatuhi hukuman mati, pengedaran dadah di republik itu tidak juga surut-surut.

Malah, lapor akhbar tempatan Tempo , pengedaran dadah merebak meluas sehingga ke dalam penjara susulan sistem yang didakwa terbelenggu amalan rasuah.

Susulan keadaan itu, agensi antidadah republik itu tampil dengan idea drastik untuk membina penjara yang dijaga buaya, khas untuk banduan yang berdepan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Ideanya mudah – buaya tidak makan rasuah.

"Kami akan menempatkan buaya sebanyak-banyaknya di sana," kata Ketua Badan Dadah Nasional (BNN) Budi Waseso dilapor sebagai berkata.

"Kamu tidak boleh merasuah buaya. Kamu tidak boleh yakinkan mereka untuk biarkan tahanan lepas.”

Bagaimanapun, bukan sahaja di negara itu, cadangan itu mengundang perbahasan hangat di seluruh dunia

"Kepala BNN sendiri telah mengakui secara tidak langsung bahawa dirinya bukan seperti buaya yang tidak boleh disogok," sindir pengguna Facebool Muksalmina Mta, seperti dilaporkan BBC Indonesia.

Manakala pihak yang bersetuju dengan idea itu pula mengusulkan agar perasuah juga diperlakukan sama.

"Lebih setuju lagi kalau bukan cuma pihak yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah, tetapi juga buat para perasuah di Indonesia, terapkan juga untuk para pegawai kerajaan yang melanggar hukum negara yang banyak merugikan masyarakat," kata pengguna Facebook lain.

Lihat Komen
ADS