Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M temui G25 elak pendesak Najib dituduh rasis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia bertemu dengan kumpulan tokoh Melayu berpengaruh - dikenali sebagai G25 - hari ini bagi mengelak timbul dakwaan kerajaan sekarang cuba dijatuhkan oleh Cina.

Bercakap kepada media di Yayasan Kempimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata apabila orang ramai menyertai BERSIH, kerajaan menuduh gerakan itu didalangi orang Cina yang cuba menjatuhkan kerajaan Melayu.

Begitu juga keadaannya, kata beliau, jika kumpulan Cina mengadakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, mereka akan dituduh cuba menjatuhkan kerajaan Melayu.

"Justeru saya katakan kepada mereka (kumpulan pendesak Cina), jika kau mahu melakukannya (mengubah kepimpinan kerajaan), lakukan bersama-sama kaum lain. Bawa bersama kumpulan Melayu dan India," katanya.

Hanya dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, kerajaan hari ini tidak boleh membuat dakwaan kononnya ada kumpulan Cina mahu menggulingkan kerajaan Melayu.

Katanya, kumpulan Cina itu bersetuju dengan pandangannya dan kerana itu beliau mengadakan pertemuan dengan kumpulan G25.

"Saya lihat G25 orang yang agak rasional. Mereka akan kurang dituduh bersikap rasis. Saya berbincang dengan mereka tetapi orang bernama Tawfik ini ada bersama dan telah bercakap perkara mengarut," katanya.

Tawfik yang dirujuk Dr Mahathir itu adalah anak bekas timbalan perdana menteri allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Pada 11 Novbember lalu Dr Mahathir menganggap Tawfik sebagai seorang yang "tidak boleh dipercayai" dan mempunyai "niat jahat".

Kata Dr Mahathir, dia bertemu G25 sebanyak dua kali, termasuk yang pertama kerana kumpulan itu meminta pandangannya mengenai isu pelampau Islam.

"Kali ini (pertemuan kedua) saya bertemu mereka kerana beberapa kumpulan Cina bercadang mahu membuat protes terhadap Najib dan dasarnya," kata beliau.

Lihat Komen
ADS