Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kewujudan Jakim tak lari dari kehendak perlembagaan'

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha hari ini menafikan bahawa kewujudan jabatan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Jakim merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

"Dalam Perlembagaan Perkara 3(1) (menyatakan) Islam merupakan agama persekutuan. Jadi siapa nak laksanakan Islam sebagai agama persekutuan? Yang bersumpah untuk mempertahankan Islam di negara, siapa yang nak laksana?

"Sudah pasti ia dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri dan kepada Jakim tugas itu diberi. Maknanya tidak lari dari kehendak Perlembagaan," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang dilapor mengatakan kewujudan Jakim bertentangan dengan Perlembagaan kerana Islam merupakan urusan negeri dan bukan kerajaan persekutuan.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider , Aziz berkata ketua agama Islam bagi setiap negeri adalah raja masing-masing manakala Agong hanya menjaga negeri yang tiada sultan.

Katanya lagi, bagi "membetulkan" masalah perlembagaan tersebut, Jakim perlu diletakkan di bawah Majlis Raja-raja dan bukan Jabatan Perdana Menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS