Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap mempertahankan bahawa beliau tidak memakan telur penyu yang dihidangkan semasa menghadiri satu majlis di Sabah.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Ismail turut memberikan analogi mengenai agama Hindu yang melarang penganutnya memakan daging lembu atas sebab-sebab keagamaan.

"Di Malaysia setiap kenduri orang Melayu Islam akan ada daging lembu. Dan orang Hindu juga datang kenduri orang Melayu.

"Dan atas meja tersebut terhidang (masakan) daging lembu tersebut, sama ada rendang atau gulai kawah.

"Jadi dengan ada (hidangan) daging lembu tersebut, jangan buat andaian orang (beragama) Hindu makan daging lembu tersebut.

"Orang Hindu di Malaysia tak akan makan (masakan daging) lembu tersebut pasal salah bagi agama mereka. Jadi andaian ada makanan atas meja (yang) termakan, tidak boleh diterima," katanya.

Ketika berucap mengenai perkara itu, Ismail bagaimanapun tidak membenarkan ahli parlimen lain mencelah.

MP Bera itu hari ini berang apabila lebih banyak gambar baru muncul yang memaparkan beliau disajikan hidangan telur penyu semasa majlis di Sabah itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri menafikan makan telur penyu itu bimbang dengan kolestrol tinggi.

Gambar itu membangkitkan kemarahan di kalangan NGO berkaitan alam sekitar di Sabah.

Sebelum ini terdapat gambar yang menunjukkan Ismail bersama Ketua Umno Beluran Datuk James Ratib menikmati makan malam dengan telur penyu itu

Di Sabah, Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 memperuntukan denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika seseorang disabitkan kesalahan memiliki haiwan yang dilindungi atau produk haiwan berkenaan, termasuk telur penyu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS